Perjanjian Lesen Pengguna Akhir Aplikasi Garmin Connect™ Mobile (“Aplikasi”) dilesenkan kepada anda, bukan dijual. Aplikasi ini diberikan di bawah lesen berikut dan tertakluk kepada terma dan syarat berikut.

PENTING: SILA BACA LESEN INI DENGAN TELITI SEBELUM MENGGUNAKAN APLIKASI. PENGGUNAAN APLIKASI MENUNJUKKAN BAHAWA ANDA MENGAKUI ANDA TELAH MEMBACA LESEN INI DAN BERSETUJU DENGAN TERMA-TERMANYA. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU, JANGAN GUNAKAN APLIKASI INI.

PENTING: SENTIASA BERUNDING DENGAN DOKTOR ANDA SEBELUM ANDA MEMULAKAN ATAU MENGUBAH SUAI SEBARANG PROGRAM SENAMAN.

Terma dan Syarat Lesen Garmin memberikan anda lesen terhad dan bukan eksklusif untuk menggunakan Aplikasi tersebut mengikut terma Perjanjian ini. Anda bersetuju untuk tidak mengeluarkan semula, menyalin, mengubah suai, menyusun semula, menyahhimpun, kejuruteraan berbalik atau menghasilkan karya terbitan daripada mana-mana bahagian Aplikasi tersebut, dan anda tidak boleh memindah atau mengedarkannya dalam apa jua bentuk untuk apa jua tujuan. Garmin berhak mengubah suai Aplikasi tersebut, atau berhenti menawarkan kesemua Aplikasi pada bila-bila masa dan atas sebarang tujuan, termasuklah tanpa had, jika pembekal pihak ketiga berhenti membekalkan kandungan atau perkhidmatan, atau kontrak Garmin dengan pembekal tersebut terbatal. Dalam hal tersebut, Garmin akan berhenti menawarkan Aplikasi ini, Perjanjian ini dan hak anda di bawahnya akan terbatal dengan serta-merta. Penafian Waranti dan Liabiliti yang terkandung dalam Perjanjian ini akan kekal berkuat kuasa.

Sekatan.Anda dilarang daripada menjual, menyewa atau memajakkan Aplikasi tersebut kepada orang lain atau pihak ketiga. Anda mengakui bahawa Aplikasi tersebut hanya patut digunakan atas tujuan maklumat umum dan anda tidak boleh bergantung pada Aplikasi tersebut bagi sebarang situasi berkaitan hidup atau mati.

Tiada Waranti. Aplikasi ini disediakan untuk anda “seperti adanya” dan anda bersetuju untuk menggunakannya dengan risiko anda sendiri. Garmin tidak memberi jaminan, perwakilan atau waranti dalam apa jua bentuk, tersurat atau tersirat, yang ditimbulkan oleh undang-undang atau sebaliknya, termasuk tetapi tidak terhad kepada, kandungan, kualiti, ketepatan, kesempurnaan, keberkesanan, kebolehpercayaan, kebolehdagangan, kesesuaian untuk tujuan tertentu, kegunaan, penggunaan atau hasil yang diperolehi daripada Aplikasi tersebut, atau Aplikasi tersebut tidak akan terganggu atau bebas ralat.

Penafian Waranti. GARMIN DAN SEKUTUNYA MENAFIKAN SEBARANG WARANTI, TERSURAT ATAU TERSIRAT, TERHADAP KUALITI, PRESTASI, KEBOLEHDAGANGAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU ATAU BUKAN PELANGGARAN. TIADA NASIHAT LISAN ATAU BERTULIS ATAU MAKLUMAT YANG DISEDIAKAN OLEH GARMIN AKAN MEWUJUDKAN WARANTI, DAN ANDA TIDAK LAYAK UNTUK BERGANTUNG PADA SEBARANG NASIHAT ATAU MAKLUMAT. PENAFIAN WARANTI INI ADALAH MERUPAKAN SYARAT PENTING PERJANJIAN INI. Beberapa Negeri, Wilayah dan Negara tidak membenarkan pengecualian waranti tertentu, maka sehingga ke tahap itu pengecualian di atas tidak dikenakan kepada anda.

Penafian Liabiliti. GARMIN DAN SEKUTUNYA, TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB KEPADA ANDA: BERKENAAN DENGAN APA JUA TUNTUTAN, PERMINTAAN ATAU TINDAKAN, TANPA MENGIRA SIFAT PUNCA TUNTUTAN, PERMINTAAN ATAU TINDAKAN MENDAKWA KERUGIAN, KECEDERAAN ATAU KEROSAKAN, LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG, YANG MUNGKIN TERHASIL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU PEMILIKAN APLIKASI TERSEBUT; ATAU UNTUK SEBARANG KEHILANGAN KEUNTUNGAN, PENDAPATAN, KONTRAK ATAU SIMPANAN, ATAU LAIN-LAIN GANTI RUGI LANGSUNG, TIDAK LANGSUNG, SAMPINGAN, KHAS ATAU BERBANGKIT YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ANDA ATAU KETIDAKUPAYAAN UNTUK MENGGUNAKAN APLIKASI TERSEBUT, SEBARANG KECACATAN DALAM APLIKASI TERSEBUT, ATAU PELANGGARAN TERMA ATAU SYARAT, SAMA ADA TINDAKAN DALAM KONTRAK ATAU TORT ATAU BERDASARKAN WARANTI, WALAUPUN SEKIRANYA GARMIN TELAH DINASIHATKAN MENGENAI KEMUNGKINAN KEROSAKAN TERSEBUT. JUMLAH LIABILITI AGREGAT GARMIN DAN SEKUTUNYA BERHUBUNG DENGAN KEWAJIPANNYA DI BAWAH PERJANJIAN INI ATAU SEBALIKNYA BERHUBUNG DENGAN APLIKASI TERSEBUT TIDAK MELEBIHI $1.00. Beberapa Negeri, Wilayah dan Negara tidak membenarkan pengecualian liabiliti atau pengehadan ganti rugi tertentu, maka sehingga ke tahap itu pengecualian di atas tidak dikenakan kepada anda.

Kawalan Eksport. Anda bersetuju untuk tidak mengeksport sebarang bahagian dari mana sahaja Aplikasi yang dibekalkan kepada anda atau mana-mana produk langsung daripadanya kecuali dengan mematuhi dan dengan semua lesen dan kelulusan yang diperlukan di bawah, undang-undang, peraturan dan pengawalan eksport yang berkenaan.

Ganti rugi. Anda bersetuju untuk menanggung kerugian, mempertahankan dan membebaskan Garmin dan sekutunya, bebas dan melepaskan daripada dan terhadap sebarang liabiliti, kerugian, kecederaan (termasuk kecederaan yang menyebabkan kematian), permintaan, tindakan, kos, perbelanjaan, atau tuntutan sebarang bentuk atau ciri, termasuk tetapi tidak terhad kepada yuran peguam, yang timbul daripada atau berkaitan dengan sebarang penggunaan atau pemilikan anda ke atas Aplikasi tersebut.